Tuesday, 1 November 2011

Siapa Jahat: info mengenai ketuanan bangsa sebagai rujukan..

Isu Ketuanan Melayu telah mejadi polemik yang sewenang-wenangnya dibicarakan tidak kira tempat dan masa.DAP dan PKR mempertikaikan konsep ketuanan melayu dengan mengatakan konsep tersebut sudah tidak sesuai dipakai .DAP dan PKR lebih mengatakan konsep kesamarataan atau Malaysia Malaysian atau konsep Ketuanan Rakyat dan PAS pula lebih kepada konsep Ketuanan Islam.Persoalannya mana yang lebih relevan?

Beberapa rakan warisan ksl banyak kali bertanya beberapa soalan yang lebih kurang sama seperti apa relevennya 'Ketuanan Melayu', kenapa tidak mahu 'Ketuanan Islam'?

Apa dia 'Ketuanan Melayu'? Secara mudah maksudnya ialah pemerintahan negara mesti diketuai oleh orang Melayu kerana mereka adalah penduduk asal dan majoriti negara ini. Mengikut sejarah, warganegara dari kaum Cina dan India di negara ini asalnya merupakan imigran yang datang ke Tanah Melayu sebelum kemerdekaan.

Orang Melayu sanggup dan sedia menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) walaupun pada waktu itu kesetiaan kaum imigran itu lebih kepada negara asal mereka. Sebagai timbal balas di atas pengorbanan orang Melayu, maka Perlembagaan telah memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa seperti termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini dikenali sebagai 'Kontrak Sosial'.

Perkara ini sudah pun dipersetujui oleh semua rakyat sewaktu "penyata atau Suruhanjaya Reid"di bentuk demi mendapat kemerdekaan daripada British ketika itu.

Sesungguhnya 'Ketuanan Melayu' masih releven di negara kita. Ia perlu untuk menjaga kelangsungan bangsa Melayu dan kedudukan agama Islam di negara ini. Jika pemerintahan negara terlepas ke tanah bukan Melayu, apakah jaminan kedua-dua elemen penting yang kita ingin pertahankan ini terus selamat? Mahukah kita menjadi seperti Singapura, di mana bangsa Melayu dipinggirkan, agama Islam ditundukkan?
Ada rakan saya membantah dengan mengatakan bahawa konsep 'Ketuanan Melayu' adalah perkauman sempit, Islam tidak pandang pun dari apa keturunan, bangsa atau warna kulit seseorang tapi takwanya kepada Allah.
Kita jangan lupa bahawa untuk melayakkan sesaorang itu dipanggil Melayu, sesaorang Melayu itu perlulah beragama Islam. Sudah tentu menjaga kesucian Islam itu juga bererti menjaga kepentingan orang-orang Melayu. Oleh sebab itu perjuangan menjaga kepentingan bangsa Melayu dan kecusian Islam seperti mana yang diperjuangkan oleh parti PAS dan UMNO hari ini sangat berkait-rapat dengan kepentinagn orang-orang Melayu keseluruhannya.

Sebenarnya perjuangan UMNO hari ini masih lagi relevant dan akan terus relevant kerana hak keistimewaan orang-orang Melayu dan kesucian agama Islam sememangnya dibawah perlindungan raja-raja Melayu seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan hari ini.

Kerajaan Inggeris terpaksa mengikat satu kontrak sosial dengan raja-raja Melayu dengan memberi papasan kepada raja-raja Melayu dalam bentuk pengiktirafan terhadap hak keistimewaan orang-orang Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu diatas pemberian kerakyatan Jus Soli kepada kaum pendatang di Tanah Melayu seperti mana yang kini tersirat di dalam Perlembagaan sekarang.

Walaupun hak keistimewaan orang-orang Melayu dan kedudukan raja-raja Melayu ini diletak dibawah perlindungan raia-raja Melayu namun sebagai raja berpelembangan baginda semua tidak mempunyai kuasa politik untuk memastikan peruntukan ini akan terus kekal. Oleh sebab itu parti-parti politik Melayu seperti UMNO dan PAS perlu diwujudkan malah perlu dikekalkan supaya kuasa politik negara ini akan terus berada ditangan orang-orang Melayu untuk terus mempertahankan kepentingan orang-orang Melayu dan kesucian Islam di negara ini.

Hari ini kedua-dua parti terbesar orang-orang Melayu ini seolah-olah sudah terperangkap dengan mainan politik Anwar Ibrahim yang kononnya mahu memperjuangkan hak sama-rata untuk semua rakyat Malaysia. PAS nampaknya sudah bersedia untuk menerima orang-orang bukan Islam dan bukan Melayu menjadi ahli parti mereka kerana mereka juga tidak mahu ketinggalan dengan caturan politik Anwar yang dianggap kini lebih relevant dengan masyarakat majmuk seperti Malaysia sekarang.

Bertambah buruk DAP mula memainkan sentimen-sentimen perkauman dan sering dan acapkali mempertikaikanHak Istimewa Orang Melayu.Bagi pendapat warisan ksl:tidak cukup lagikah apa yang kaum lain perolehi setelah 53 tahun merdeka?Kaum-kaum lain lebih kehadapan berbanding dengan orang Melayu.Cukuplah orang Melayu bertoleransi selama ini.kaum lain kena "menerima"kontrak sosial yang diamalkan selama ini.

Pemimpin-pemimpin Melayu tidak kira berada UMNO atau didalam pembangkang.Berhati-hatilah dalam membuat keputusan.Kerana hendak menjaga hati dan terlalu sangat bertoleransi dengan kaun lain demi menjaga kerharmonian secara tidak sedar kita sebagai orang melayu terperangkap dengan tipu helah dan dakyah pihak yang memang tidak mahu kontrak sosial yang dipertahankan selama ini diteruskan.Keputusan kita hari ini akan memberi kesan kepada anak-cucu cicit kita pada masa hadapan.

PAS harus sedar bahawa kedudukan agama Islam sebagai "agama persekutuan "seperti yang termaktub didalam perlembagaan tidak boleh disama-ratakan dengan agama-agama lain. Begitu juga UMNO perlu sedar bahawa kedudukan Melayu sebagai kaum peribumi di negara ini tidak boleh disama-ratakan dengan kaum-kaum lain kerana hak itu sudah pun termaktub dalam Perlembagaan negara dan dilindungi oleh raja-raja Melayu.

Hari ini majoriti orang-orang Melayu masih merasa selesa jika kedua-dua parti ini masih berpegang teguh kepada prinsip perjuangan parti masing-masing kerana perjuangan mereka sekarang masih dianggap relevant dalam menjaga kepentingan Melayu dan Islam. Sudah tentu orang-orang Melayu akan merasa amat kecewa dan gusar apabila kedua-dua parti ini sanggup mengabaikan perjuangan mereka jika mereka membenarkan diri mereka terdorong dengan mainan politik Anwar Ibrahim dan Lim kit Siang dan rakan-rakan sewaktu dengannya.

Akhirnya yang untung sudah pasti PKR, parti yang diterajui Anwar Ibrahim yang akan menjadi ketua kepada PAS walaupun jumlah keahlian PAS lebih besar dari mereka dan UMNO pula akan terus dipelagakan dengan PAS walaupun kedua-dua parti ini mempunyai tanggung-jawab bersama dalam menjaga kepentingan Melayu dan Islam di negara ini.

Nampak gayanya Anwarlah seperti pihak yang berjaya mencaturkan perjuangan parti PAS dan UMNO dengan dibantu sekutu rapat PKR iaitu DAP yang mana akhirnya kedudukan mereka akan diketepikan dan akan diambil-alih oleh beliau setelah mereka puas dipergunakan.Sebelum ini berlaku semua pemimpin Melayu yang cintakan Negara bukalah mata,minda dan hati akan dakyah dan tipu daya yang tidak berguna ini.

Warisan ksl ingin menyatakan bahawa memang benar Islam tidak memandang kepada perkara-perkara tersebut, tetapi dalam soal kepimpinan ia melibatkan skop pemahaman yang lebih luas. Di sana terdapat banyak hadis-hadis sahih berkenaan prasyarat pemerintah mestilah dari keturunan Quraisy. Salah satunya ialah sabda Nabi s.a.w. yang berbunyi:

Maksudnya: "Para Imam (mesti) dari golongan Quraisy." [HR Ahmad dan al Baihaqi]

Apakah Nabi s.a.w. bersifat perkauman sempit dengan bersabda demikian? Nauzubillahi min zaalik. Semoga Allah menjauhkan kita dari persangkaan buruk sedemikian.

Sebenarnya ada sebab, illat atau maslahah umum Nabi memerintahkan supaya kepimpinan umat ini mesti dari kaum Quraisy. Menurut Ibn Khaldun di dalam kitab al Muqaddimah, illat yang melatarbelakangi kepimpinan di tangan Quraisy ialah kerana mereka merupakan golongan yang kuat dan berwibawa. Tidak ada satu bangsa yang dapat menandingi mereka dalam hal kewibawaan politik. Dengan demikian hanya merekalah yang berhak memegang kekuasaan politik.

Penyerahan kekuasaan kepada golongan lain akan menimbulkan kekacauan dan tidak menolak kemungkinan akan terjadi peperangan sesama umat Islam tanpa ada yang dapat menyelesaikannya. Menurut beliau, illat yang terkandung dalam penyebutan “golongan Quraisy” akan terus berlaku dengan syarat ‘asabiyyah (kekitaan), kewibawaan dan kekuatan politik dapat dipenuhi.

Ibnu Khaldun menyebutkan:

"Kerana itu, kita pun menganggapnya sebagai satu prasyarat yang mendesak bagi seseorang yang bertugas menguruskan persoalan kaum Muslimin supaya dia termasuk golongan orang-orang yang kuat perpaduannya, dan mengatasi perpaduan bangsa-bangsa lain yang semasa dengan mereka, sehingga mereka dapat memaksa bangsa-bangsa itu bersatu demi kepentingan bersama. Kenyataan demikian tidak akan pernah ditemukan di seluruh pelusuk dunia sebagaimana terjadi pada masa kekuasaan keturunan Quraisy; sebab dakwah Islamiyah yang ada pada mereka sifatnya adalah universal, sehinggakan mereka dapat mengalahkan bangsa yang lainnya. Namun dewasa ini setiap daerah mempunyai orangnya sendiri yang mewakili perasaan 'asabiyyah (kekitaan) terbesar di sana." [Mukadimah Ibn Khaldun (2006), Dewan Bahasa dan Pustaka, hlm. 207-208]

Dari kupasan oleh sarjana Islam terkenal itu,maka dapatlah kita memahami illat daripada hadis tersebut ialah para pemerintah umat Islam mesti terdiri daripada kaum atau bangsa yang mempunyai kekuatan ‘asabiyyah (kekitaan) dan kekuasaan yang diakui pada zamannya supaya dapat memimpin orang lain dan kesatuan umat dapat dicapai dengan pembelaan yang baik.

“Manusia itu (hendaklah) mengikut orang-orang Quraisy dalam urusan pemerintahan. Setiap orang Islam hendaklah mengikut (pemimpin) yang Islam di kalangan mereka dan orang-orang kafirnya mengikut (pemimpin) yang kafir juga di kalangan mereka.” [HR al Bukhari]

“Sesungguhnya urusan (pemerintahan/khilafah) ini ada di tangan Quraisy. Tidak seorang pun yang memusuhi mereka melainkan Allah akan membuatnya terjungkal/tersungkur ke tanah, selama mereka menegakkan agama (Islam).” [HR al Bukhari]

“Urusan (pemerintahan khilafah) ini sentiasa berada di tangan Quraisy selama masih tersisa dari mereka dua orang.” [HR al Bukhari]

“Urusan (pemerintahan khilafah) ini sentiasa berada di tangan Quraisy selama masih tersisa dua orang di antara manusia.” [HR Muslim]

“Manusia mengikuti Quraisy dalam perkara (pemerintahan) ini. Yang muslim mengikuti kaum muslimin dari kalangan mereka. Yang kafir mengikuti kaum kafir dari kalangan mereka.” [HR Muslim]

“Orang-orang Quraisy adalah pemimpin manusia, dalam hal kebaikan mahupun dalam hal keburukan sampailah ke hari kiamat.” [HR at Tirmidzi]

"Agama ini akan terus berkuasa sehingga naik memerintah kamu seramai dua belas orang amir (khalifah), dan setiap manusia amat mencintai setiap mereka itu.” Kemudian aku mendengar Nabi s.a.w. menyebutkan sesuatu yang aku tidak berapa jelas lalu aku bertanya kepada bapaku, “Apa yang baginda sebutkan?” Jawabnya, “Mereka semua adalah dari kaum Quraisy.” [HR Abu Daud]

“Kalian adalah manusia yang paling layak memegang urusan (pemerintahan) ini selama kalian berada dalam kebenaran. Apabila kalian menyimpang dari kebenaran maka kalian akan dikupas habis sebagaimana kulit kayu ini dikupas! —Beliau menunjuk sebuah kayu yang ada ditangannya.” [HR al Baihaqi]

“Tetaplah bersama Quraisy selama mereka tetap bersama kalian. Kalau mereka tidak melakukan hal itu, maka angkatlah pedang kalian di atas pundak kalian, lalu musnahkahlah pemimpin-pemimpin (quraisy) itu. Jika kalian tidak melakukannya, maka jadilah sebagai kaum petani yang payang hidupnya dimana kalian akan makan hanya dari hasil jeritan kalian.” [HR ath Thabrani]

Begitu juga Sejarah Tamadun Islam menyatakan selepas zaman Khulafa Ar-Rasyidin pemerintahan Kerajaan Islam adalah dari keturunan Umaiyah kemudian Keluarga Abbasiyah,Kerajaan Monggul(kemudian memeluk Islam),Fatimiyah dan AKHIRNYA pemerintahan Islam jatuh kepada kerajaan Uhtmaniah.Bukankah pemerintahan negara Islam tersebut daripada puak dan bangsa yang kuat.BANGSA YANG KUAT akan dapat memerintah.......

Di negara kita, orang Melayu merupakan kaum atau bangsa yang mempunyai kekuatan 'asabiyyah dan kekuasaan terbesar ketika ini. Orang Melayu seperti ditafkrifkan menurut Perkara 160(2) Perlembagaan Persekutuan adalah mereka yang beragama Islam, lazim berbahasa Melayu dan mengamalkan adat resam Melayu serta Ibu atau bapa hendaklah salah satu atau ke dua-duanya berbangsa Melayu..

Oleh itu daripada hadis sahih diatas, disamping penegasan takrifan orang Melayu yang dimestikan beragama Islam, maka saya berpendapat 'Ketuanan Melayu' releven dan tidak bercanggah dengan prinsip Islam. Malah ia merupakan anjuran yang bersifat Islamik untuk menjaga maslahah ammah atau kepentingan umum.

Ia bukanlah bermakna kepentingan bangsa atau kaum lebih diutamakan dari Islam. Keadaan ini sama seperti 'Ketuanan Quraisy' dalam pemerintahan khalifah yang masih meletakkan Islam sebagai prioriti teratas dalam pemerintahan mereka.

Saya harap mereka yang keliru dengan konsep 'Ketuanan Melayu' dapat menyelami tulisan warisan ksl ini. Bagi saya 'Ketuanan Melayu' tidak harus dipertikaikan dan kontrak sosial yharuslah dipertahankan dan yang paling penting harus diubah sebenarnya adalah sikap negatiforang Melayu akibat kesan 500 tahun dijajah dimana akibat sekelian lama dijajah dan cara berfikir orang Melayu terbawa-bawa dari satu keturunan ke satu keturunan sehingga sekarang..

No comments:

Post a Comment