Thursday 20 October 2011

DAP Jahat: DAP merupakan sebuah parti chauvinis Cina yang sejak daripada awal penubuhannya


DAP merupakan sebuah parti chauvinis Cina yang sejak daripada awal penubuhannya hanya mementingkan kelabaan kepada perjuangan membela kaum Cina yang berkepentingan. Asas perjuangan mereka adalah untuk meneruskan kelangsungan perjuangan yang ditinggalkan oleh PAP yang diterajui oleh Lee Kuan Yew. Asas perjuangan PAP dan LKY pula adalah bertunjangkan perjuangan membuka ‘negara China kecil di luar negara China’ seperti yang telah diwasiatkan oleh Chiang Khai Shek dan Sun Yat Sen. Berpusat kepada wasiat ini, maka LKY berusaha dan akhirnya telah berjaya mendapatkan Singapura. Kejayaan mendapatkan Singapura lebih besar ertinya berbanding dengan kewujudan Taiwan kerana Taiwan merupakan sebahagian daripada negara China itu sendiri manakala Singapura merupakan sebuah negara yang dikuasai oleh pemerintahan Raja- Raja Melayu. 

Alasan LKY dan PAP menerajui pemerintahan Singapura adalah berpaksikan kepada mempertahankan hak dan sumbangan kaum Cina di Singapura yang telah memajukan negara tersebut. Bagaimana pula dengan DAP? 

Sejak awal penubuhan DAP, mereka mempunyai perjuangan yang sempit. Mereka menjadikan perjuangan LKY dan PAP sebagai asas perjuangan mereka sehingga kini. Isu perkauman dan agama dijadikan modal politik mereka. Menanamkan sifat benci kepada orang Melayu dan ‘memberikan gambaran negatif’ terhadap agama Islam kepada kaum Cina adalah sesuatu yang mesti. Parti-parti bukan Melayu khususnya MCA, MIC dan Gerakan dijadikan bahan momokan dan dikatakan tidak memperjuangkan nasib kaum mereka sendiri hanya kerana bersama-sama dengan UMNO dalam Barisan Nasional. 

Pelbagai usaha telah dijalankan oleh DAP dalam usaha untuk mendapat kepercayaan rakyat Malaysia untuk memilih mereka sebagai parti utama dalam pemerintahan negara. Untuk tujuan itu, kepimpinan DAP telah menukar pendekatan. Mereka sedar, pendekatan atau cara yang diamalkan oleh LKY dan PAP tidak bersesuaian dengan latar politik di Malaysia. 

Pada tahun 1980-an, mereka mengorak langkah baru dan mencuba ’remedy’ baru iaitu bekerjasama dengan parti-parti pembangkang Melayu khususnya PAS !!

No comments:

Post a Comment