PENGENALANBarisan Nasional bagai di landa Tsunami pada PRU12 lepas,apabila secara mengejut kehilangan empat buah negeri lagi iaitu Kedah,Selangor,Pulau Pinang dan perak(kemudian Berjaya dirampas kembali lanjutan keputusan Mohd Osman Jailu DUN Changkat Jering,Jamaluddin Mohd Radzi Behrang dan Yee Yit Foong Dun Jelapang keluar dari Pakatan Pembangkang dan membentuk blok bebas yang menyokong BN),manakala Kelantan terus mengekalkan PAS sebagai memerintah negeri tersebut.Kejatuhan ala-domino ke empat-empat negeri itu merupakan keputusan terburuk dalam sejarah BN yang di bentuk pada tahun 1974 daripada perikatan.Mengikut rekod,Kedah,Selangor dan Perak tidak pernah jatuh ke tangan pembangkang,manakala Pulau Pinang pernah jatuh kepada Gerakan yang ketika itu sebuah parti pembangkang pada tahun 1969.Senario ini disifatkan sebagai satu sentimen nasional yang ditunjukkan secara padu oleh para pengundidalam PRU12 yang lepas.
Persoalannya akibat daripada kesan Tsunami politik yang berlaku pada PRU12 dahulu adakah Pemuda umno yang menjadi sayap terbesar berani membuat Transformasi Politik untuk menentukan samada UMNO terus relevan untuk menjadi parti terbesar yang mewakili Bangsa Melayu atau tidak.Adakah masih berlaku politik sempit dan jumud dikalangan kepimpinan pemuda UMNO yang memandang kesenangan dan mengamalkan “politiking” mengatasi perjuangan Ikhlas demi memperjuangkan AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR.Adakah masalah dalaman dikalangan kepimpinan pemuda baik diperingkat Nasional,Negeri dan Bahagian telah di atasi????Harus di ingat antara faktor penyebab kekalahan BN dalam PRU12 dahulu adalah kerana krisis dalaman yang berlaku yang dikatakan banyak ahli memboikot calon-calon sendiri dan Pakatan Pembangkang Berjaya mengwujudkan strategi PSY-War yang berkesan melalui sesi pertemuan bersemuka,ceramah,risalah,media baru dan sebagainya dalam memanipulasikan krisis dalaman yang berlaku di dalam UMNO.Harus diingat jika UMNO tidak berjaya merampas kembali negeri-negeri yang jatuh kepada pembangkang atau pemerintah pusat jatuh kepada pembangkang maka ingatlah malapetaka besar akan berlaku kepada bangsa Melayu pada masa hadapan.STRATEGI MEMPERKUKUHKAN DAN MEMULIHKAN BARISAN PEMUDA UMNO DI SEMUA PERINGKAT
TRANSFORMASI POLITIK
Oleh sebab tidak ada persepakatan antara UMNO dan PAS dalam soal perjuangan Melayu ini,maka dapatlah kita mentkrifkan bahawa PAS dan UMNO berjuang mengikut haluan masing-masing.PAS akan terus berjuang bersama-sama rakbeannya PKR dan DAP,begitu juga UMNO akan terus berjuang bersama-sama rakan MCA dan MIC dan rakan-rakan lain dalam parti komponen termasuk di Sarawak dan Sabah. Harus di ingat politik di Malaysia adalah berdasarkan “Politik is Base on Numbers”. Siapa yang menang majority maka dialah yang berkuasa dan dialah yang benar.”The might is always right”.Lenggok dan cara berjalan wakil-wakil rakyat PAS dan PKR pun sudah berubah sekarang ini,macam lenggok Seniman Datuk Aziz Satar yang mendapat harta karun di dalam Filem Ali Baba Bujang Lapok,Suara pun sudah mula meninggi.Sesetengah pemimpin dalam BN/UMNO dan juga didalam kepimpinan Pemuda sudah lama bertelingkah laku sedemikian.Sekarang ni kita dapat lihat kelakuan yang sama dilkaukan oleh pemimpin pembangkang.Persoalannya di manakah strategi pemuda UMNO untuk memanipulasikan isu akhlak dan sikap serta beberapa isu besar yang dilakukan oleh pembangkang,Bagaimana hendak melaksanakannya,apakah strategi yang hendak digunakan,Bila masa hendak digunakan strategi yang hendak digunakan dan sebagainya.Dalam tempoh tiga tahun ini dapat dilihat ahli akar umbi pemuda kabur dalam hala tuju Pemuda UMNO itu sendiri.Bertdasarkan pemerhatian masih ramai lagi yang diulit mimpi indah yang hendak menjadi pencatur politik pemuda dan ada sesetengah itu hanya hendak mempertahankan jawatan yang disandang sahaja.Harus diingat wang bukan segala-galanya.”If you vote monkey,in future you only got peanut’.
Untuk itu saya mencadangkan Pemuda UMNO perlu membuat beberapa langkah untuk membuat perubahan besar dan saya yakin Kepimpinan Pemuda UMNO sudi menyahut cabaran Dato Seri Najib Tun Razak yang menyeru melaksanakan “Transformasi politik” di kalangan Ahli UMNO.Saya yakin Kepimpinan Pemuda UMNO sedang melaksanakan suatu transformasi perubahan seperti rebranding atau penjenamaan semula dan muhasabah diri.
Tetapi di sini saya hanya ingin menambah perlunya beberapa strategi pendekatan untuk memastikan pendekatan tersebut Berjaya dilaksanakan iaitu:
1. Transformasi berbentuk struktur2. Transformasi berbentuk prosidur3. Transformasi berbentuk Tingkah laku4. Transformasi berbentuk teknologi,ICT dan media elektonik
1.Transformasi berbentuk struktur-misalan:perubahan kepimpinan dan barisan AJK dalam pemilihan akan datang.UMNO masih relevan.walaupun sudah berusia lebih setengah abad,ia ibarat sebuah rumah yang lama tetapi kukuh,dan jika diperbaiki dengan memasukkan perabot baru,cat baru atau taman yang baru boleh diibaratkan sebuah organisasi yang diberi kerangkabaru dan kakitangan yang baru dan berpengalaman,serta prinsip-prinsip baru yang strategik.
Perubahan struktur juga boleh diibaratkan seperti Hijrah.Bukan hijrah dari mekah ke madinah tetapi hijrah minda dan tingkah laku kepada yang positif.Inilah persoalan yang sukar hendak dibuat.Jikalau masih dengan sikap mementingkan kuasa mengatasi kepentingan Parti Transformasi ini amat sukar hendak dilaksanakan.
2.Transformasi berbentuk prosedur-misalannya menubuhkan think tank atau kumpulan pemikir dan kumpulan penasihat.Ahli Pemuda PERLU KEMBALI kepada sikap semasa UMNO ditubuhkan dahulu iaitu untuk bangsa,agama dan Negara.Cerita hendak jawatan ,itu perkara kemudian,tunggu dahulu,bersabar,apabila UMNO sudah kuat nanti bertandinglah.Tak perlulah kita ini mencorak atau berkira-kira hendakkan jawatan tertinggi pemuda.
Selain itu UMNO perlu mengembelingkan tenaga orang yang berbakat yang ada didalam ahli pemuda di semua peringkat dari di atas hinggalah di peringkat akar umbi kerana mereka ini semua sebenarnya mempunyai ilmu dan idea yang boleh disumbangkan demi Parti UMNO dan yang paling penting beri mnereka peluang untuik mereka berkarya.
Bangkitkan kembali semangat kebangsaan dan juga sejarah kebangkitan bangsa melayu.Supaya semangat dan ruh perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu daripada kita dapat disemat di dalam hati sanubari supaya obor perjuangan bangsa melayu tidak terpadam sampai bila-bila kerana dengan semangat dan ruh inilah sejarah telah membuktikan bangsa melayu bangkit dari kemiskinan dan penjajahan dengan membentuk barisan yang mantap yang mana akhirnya kita bebas dan kita merdeka dari penjajahan yang terkutuk tersebut.Dari kita menjadi bangsa yang lemah dan daif akhirnya kita menjadi bangsa yang kuat dan dihormati oleh Negara lain.Ini dapat dilihat betapa pesatnya pembangunan di Negara kita berbanding sebelum merdeka dahulu.Dari mundur menjadi Negara yang pesat membangun.Sebab itu siri ceramah memupuk semangat kebangsaan perlu di buat dari masa ke semasa bukan apabila dekat pilihanraya baru terhegeh-hegeh hendak melaksanakannya.Berdasarkan pemerhatian di dapati ceramah-ceramah yang dilaksanakan pemuda UMNO terikut-ikut rentak pembangkang di mana budaya memaki hamun,mencarut dan menggelarkan seseorang itu tidak jauh berbeza dengan pendekatan cermaha yang dilakukan oleh pihak pembangkang.Program ceramah sekarang jauh berbeza dengan dianjurkan oleh penceramah Pemuda UMNO dahulu.Bukan hendak memuji kepada penceramah lama atau veteran tetapi itulah hakikatnya.Kalau kita hendak meneruskan perjuangan dan prinsip UMNO yang ingin mengekalkan semua bentuk nilai dan tradisi melayu yang kaya dengan budi bahasa,kita kena buat apa yang disarankan di atas.
Usaha merakyatkan pemuda UMNO perlu dalam bentuk mesra rakyat,mesra belia,mesra pelajar,mesra golongan tua,mesra semua golongan,baik petani,,nelayan,pekerja,,mesra wanita,pegawai kerajaan,hatta ahli-ahli parti pembangkang mahu did lam kalangan ahli parti semua peringkat.Hindarkan berpuak-puak,bertelingkah,menjadi samseng ataupun bertindak liar untuk menunjukkan kononnya kita ini jaguh dalam parti.Harus diingat tingkah laku kita diperhatikan oleh rakyat diluar sana.
Pemuda UMNO perlu menggunakan pendekatan yang mudah untuk menarik golongan atas pagar menjadi ahli parti.Pemuda UMNO perlu memudahkan cara-cara untuk menjadi ahli parti UMNO.Ramai golongan belia di luar sana tidak menyertai UMNO.Inilah usaha yang harus dilaksanakan secara berterusan supaya Pemuda UMNO terus menjadi jaguh dalam melaksanakan setiap dasar-dasar parti.
Pemuda UMNO perlu menghapus imej buruk sesetengah pihak terhadap parti sebagai ppemuda pencari projek,pemuda malas,pemuda lemah dan sebagainya.Maruah pemuda UMNO harus dipertahankan.Pemua UMNO haruslah konsisten untuk menjadi juara dalam menangkis segala dakyah dan fitnah yang diperbuaqt pembangkang,juga konsisten dalam menyampaikan maklumat serta dasar supaya rakyat memahami dengan jelas segala aspek yang hendak dilaksanankan oleh kerajaan.
Pemuda UMNO perlu berwajah baru,wajah yang memberi gambaran dan harapan baru pada ahlidan bangsa melayu serta rakyat keseluruhan umumnya.
1.Pemuda UMNO perlu bersedia bersalin pakaian baru.Pemuda UMNO perlu memahami ancaman globalisasi yang mempunyai tradisi dan budaya politik melayu.Dalam sejarah perjuangan UMNO,UMNO sentiasa mengalami konflik dan setakat ini ada tiga perkara besar bagi orang melayu iaitu pertaqma 1946-UMNO era Datok ONN Jaafar Berjaya menyatukan orang melayu dengan HIdup Melayu.Kedua 1969-UMNO menghadapi konflik kaum yang dasyat dalam sejarah moden.Ketiga,2008 UMNO mengalami kekalahan teruk di mana lima buah negeri ditawan oleh Pakatan Pembangkang.Manakala perkara ke empat yang bakal di hadapi ialah pada PRU 13 nanti.Inilah ujian terbesar bagi UMNO/BN!Bagi lain-lain perkara tidaklah begitu hebat dan UMNO telah Berjaya mengatasi konflik dan berantakan dalam parti walaupun sebahagian daripada orang Melayu tidak menyukainya,seperti:
“HARUS DIINGAT PERKARA YANG AMAT BESAR BAGI ORANG MELAYU-PRU13-ujian besar bagi UMNO/BN.Tewasnya UMNO maka jatuh la bangsa Melayu pada masa hadapan.Kekuatan politik Melayu berkait rapat dengan keadaan ekonomi bangsa melayu.”
3.Transformasi berbentuk Tingkah Laku-:strategi yang menerapkan beberapa cirri penting untuk dijandikan panduan kepimpinan.Contohnya,memilih pemimpin yang amanah,jujur,dedikasi,beragama,berakhlak mulia,mempunyai etika,sahsiah diri dan nilai-nilai murni yang lain.Pemilihan pemimpin mestilah yang terbaik.Jika tidak mereka yang terbaik ini akan disambar oleh parti lawan. Dan ini menyebabkan parti lawan mempunyai calon yang berkaliber,maka tinggallah UMNO yang mengekalkan pemimpin-pemimpin yang “mediacore”iaitu kurang bijaksana dan cerdik!Jesteru,para pemimpin perlulah terdiri daripada mereka yang bijaksana juga.Oleh itu,ahli pemuda UMNO akar umbi perlu menjalankan peranan dan tugas mereka memilih para pemimpin yang bijaksana.Kepada pemimpin yang menggunakan kuasa wang untuk menarik sokongan..”bertaubatlah kerana politic is not the bussines…”.
Para pemimpin muda yang berkaliber perlu dilatih dari sekarang sebagai persediaan apabila sampainya nanti akan mengambil alih kepimpinan di semua peringkat.Ini mengelakan parti tidak punya banyak pilihan.Apa yang berlaku kini ialah,UMNO tidak ada pilihan.Solah-olah sekerat dua itulah yang layak untuk menggantikan kepimpinan yang ada.”Orang Melayu ramai yang bijaksana,tetapi berada di bawah.tidak berada di atas,yang berada di atas adalah Melayu yang tidak bijaksana atau Mediacore”.Itulah akibatnya apabila banyak pemimpin berpotensi dicantas awal-awal lagi.Tinggallah pemimpin yang tidak mengyakinkan!Salah siapa?Kita kena memusabah diri kita masing-masing.Jika kita sayangkan parti,inilah masanya transformasi politik bermula dari diri ahli-ahli semua peringkat.
4.Transformasi berbentuk Teknologi,ICT dan media elektronik-Ini adalah penting kerana kekalahan UMNO banyak difaktorkan kegagalan atau kealpaan UMNO tentang peranan yang dimainkan oleh ICT atau perang siber terhadap parti UMNO semasa pilihanraya lalu.Dunia kini adalah dunia siber,internet,blog,knowledge internet,facebook dan sebagainya.Ledakan ini member advantage kepada parti pembangkang yang telah menggunakan sepenuhnya media canggih ini dengan menyerang secara perang gorilla siber atau bloggers atau facebookers.Ketinggalan pemuda UMNO dalam menerapkanstrategi perang ke dalam alam maya akan mengundang padah sekali lagi seperti yang terjadi dalam PRU12 dahulu.
5.Transformasi Sikap dan Minda-Dikatakan beberapa sikap dan tingkah laku yang tidak baik telah membawa kepada kekalahan BN/UMNO pada PRU12 yang lalu.Jesteru itu pimpinan Pemuda UMNO haruslah bersikap seperti:
a.Tidak bersikap mengada-ngada.Kesannya rakyat muak melihat telatah seperti itu.b.memahami perasaan dan kehendak rakyat dan juga ahli akar umbi dalam Parti.c.Perlu menerima maklumat dari akar umbi.d.Perlu ada rasa kekitaan atau sense of belonging iaitu apabila ada pihak cuba merendahkan pemuda UMNO maka kita bangkit mempertahankannya.d.Tunjuk rasa rendah diri tetapi bukan bermaksud mudah dipijak.e.merasa denyut nadi dan kehendak rakyat.f.berfikiran terbuka dan mudah menerima teguran nasihat.g.pemimpin perlu turun padang di kawasan masing-masing dan jangan hanya bermain diperingkat nasional,bukan dekat pilihanraya atau ketika pemimpin tertinggi datang baru tunjuk muka.h.pimpinan pemuda UMNO perlu merapatkan diri dengan masyarakati.jangan merasa syok sendiri dengan program sendiri di kawasan.j.perlu sepakat dengan kalangan pimpinan pemuda dan juga ahli akar umbi.k.jangan terlalu “over confident” dan selesa dengan keadaan/prestasi parti.l.pemimpin perlu mesra rakyat,mesra belia ,mesra rakan-rakan termasuk mesra dengan ahli parti semua peringkat.
Beberapa strategi untuk memulihkan keyakinan orang melayu dan ahli terhadap Pemuda UMNO.Budaya Politik Baru perlu diwujudkan iaitu:
1.Oleh sebab UMNO masih dianggap parti terbesar orang Melayu dan tulang belakang maka pemuda UMNO perlu bangkit dari tidur.2.Pemuda UMNO perlu mengubah “mindset” daripada budaya politik yang lama kepada budaya politik baru.3.Pemuda UMNO perlu mengembeling semua ahli UMNO untuk menjalankan aktiviti bagi menyatupadukan ahli-ahli pemuda dan orang melayu khususnya.4.Pemuda UMNO perlu berwajah baru dengan semangat yang baru supaya bias pemuda tetap teguh seperti kepimpinan pemuda era sebelum merdeka dan pasca merdeka.5.Pemuda UMNO perlu mengadakan akademik kepimpinan bagi tujuan member nafas baru dan halatuju yang jelas ke mana pemuda UMNO akan pergi.6.Sudah sampai masanya ahli akar umbi di beri ruang untuk berkarya dialam lanskap politik di peringkat bahagian,negeri dan Malaysia.7.perlu wujudnya satu unit ICT yang berkesan dalam menyampaikan maklumat dan mematahkan segala dakyah pembangkang.Sekarang ini dapat dilihat unit media baru tidak befungsi dengan sepenuhnya.Ianya lebih sekadar melepaskan batuk ditangga sahaja untuk menaikan imej pemimpin tertentu bukan kerana bangsa,agama dan negara.Nak marah?marahlah...Nak Tanam aku dekat cawangan?cubalah...selagi aku boleh bercakap..selagi aku boleh menulis selagi aku boleh bernafas..selagi aku Allah tak cabyut nyawa aku....maka aku tetap tegur...terpulanglah nak dengar...
Thursday, 20 October 2011
Siapa Jahat: TRANSFORMASI POLITIK PEMUDA UMNO DEMI SURVIVOR POLITIK BANGSA MELAYU DI MALAYSIA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment