- Saman kesalahan lalu lintas
-->Aminuddin Muhammad
q. Undang2 Malaysia jelas dan saudara semua sendiri boleh semak dibawah Perlembagaan Malaysia - 'seseorang itu tidak boleh didapati bersalah selagi belum didapati bersalah oleh Mahkamah' . Bagaimana dengan 'saman ekor' ? Saman ni maksud perun...dangannya dakwaan.
Kamu didakwa memandu melebihi Kelajuan. PDRM 'mendakwa' kamu memandu melebihi kelajuan yang ditetapkan. PDRM tidak pernahpun 'menyatakan' atau memutusakan/menyabitkan saudara bersalah memandu melebihi kelajuan. Tindakan PDRM berkaitan 'saman ekor' hanyalah 'dakwaan' sahaja. Jika saudara tidak berpuas hati dengan 'dakwaan' ini, (seseorang itu tidak bersalah selagi belum disabitkan bersalah).
saudara berhak menidakkan dakwaan ini di Mahkamah dengan bukti2 sokongan yang jelas bagi menolak dakwaan ini.See more
23 minutes ago · UnlikeLike · 2 peopleLoading...
2. Bagaimana dengan 'penyenaraian hitam' ("black list") ! Tidakkah itu satu tindakan JPJ yang berbentuk 'hukuman' dimana hanya Mahkamah sahaja yang berhak menyabitkan dakwaan ! Kenapa JPJ, dengan 'black list' seolah-olah membuat sabitan terhadap dakwaan kesalahan kelajuan sedangkan pemandu berkenaan tidakpun didakwa dan didapati bersalah oleh Mahkamah????
Bagaimana boleh JPJ mempunyai bidangkuasa untuk senarai hitamkan pemandu berkenaan tanpa perlu dibicarakan dakwaan keatasnya??? JAWAPAN saya mudah jika persoalan ini terbangkit - NOTIS dakwaan kesalahan, tak silap saya POL 'A', telah dihantar ke alamat terakhir yang saudara daftarkan/maklumkan kepada Jabatan Pendaftaran Negara dan mengikut Akta Pendaftaran, tanggungjawab mengemaskini alamat terkini saudara adalah dibahu saudara bukannya dibahu Kerajaan.
NOTIS berkenaan telah memberi tempoh masa untuk saudara 'menjawab' dan untuk saudara kemukakan butiran lengkap Pemandu jika benar bukan saudara. Malangnya...saudara buat acuh tidak acuh akan NOTIS tersebut. Disinilah timbulnya hak JPJ untuk menyenarai-hitamkan pemilik kenderaan tersebut. Tapi, jika saudara masih tidak berpuas hati dengan 'hak' dan 'kuasa' JPJ ini, saudara masih berhak membawa kes ke Mahkamah terhadap JPJ untuk perentah mengenepikan penyenaraian hitam tersebut.
3. Adakah undang-undang hadlaju lalulintas yang diwartakan oleh Kerajaan itu sesuatu yang 'HARAM' disi syarak? Cuba saudara dapatkan ulamak Muktabar (jangan ulamak politik) dan/atau Professor Islamic Law dan bertanyalah kepada mereka secara ikhlas tentang konsep 'MURSALAH MURSALIH'! Apa maksudnya dan bentuk2 perundangan yang boleh dibuat oleh pemerentah keatas rakyatnya!!!
Saudara pasti menemui jawapan - Peraturan untuk kemaslahatan ramai. Peraturan untuk memelihara pengguna2 jalanraya termasuk saudara sendiri daripada mendapat kecelakaan. Peraturan bagi mengelak isteri dan anak2 menjadi balu dan yatim-piatu atau ketidakupayaan semenatara ataupun kekal sepanjanag hayat. Tidakkah ini bertujuan 'kemaslahatan umum'. Begitu juga dengan peraturan memakai topi kaledar. Adakah ini, peraturan ini, bertentangan dengan Undang-Undang Allah yang 'qat'i' (muktamad)? Hanya yang 'qat'i, kita sebagai makhluk tidak boleh pandai2 berijtihad ataupun membuat peraturan baru
Tuesday, 11 October 2011
SIAPA JAHAT: Saman kesalahan lalu lintas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment