• Ee Si Kucing

     

    Jika di himpunkan segala kata-kata bekas-bekas pemimpin HamPAs dari mula ditubuhkan sehingga kehari ini menolak kerjasama dengan bukan Islam rasanya menulis selama lima tahun tidak habis dibukukan.Dari sejak mula ditubuhkan mereka pemimpin-pemimpin HamPAs begitu tegas mengatakan tidak akan bekerjasama dengan bukan Islam.Pelbagai hadis dan potongan surah Al Quran digunakan demi menguatkan hujah mereka mengharamkan kerjasama dengan bukan Islam.

    Sejarah PAS pra-merdeka

    Dari sejak mula PAs ditubuhkan pemimpin-pemimpin mereka terdiri dari pemimpin berhaluan kiri ketika menentang penjajah.Mereka pemimpin-pemimpin berhaluan kiri ini tidak mendapat sokongan rakyat kerana perjuangan redikal,perjuangan mereka yang tidak selari dengan masyarakat pada masa itu.

    Arus perjuangan mereka yang keras tidak mendapat sokongan dari rakyat,kerana tidak mendapat kerjasama dengan rakyat mereka merubah pula rupa dan bentuk perjuangan dengan bertopengkan Islam lalu menubuhkan Parti PAs dan presiden pertamanya Tuan Haji Ahmad Fuad namun telah kembali kepada UMNO setelah menyedari sebahagian pemimpin PAS di pengaruhi oleh British bagi menghalang Negara dari mendapat kemerdekaan.

    Pada pilihanraya pertama 1955 rakyat pada masa itu memilih Parti Perikatan UMNO,MCA dan MIC memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan dan PAS hanya menang satu kerusi sahaja.

    Mereka sebahagian dari pemimpin PAs pada masa ini dipengaruhi British menolak kemerdekaan negara dan menghalang Tengku dari pergi ke London.

    Mereka menghasut rakyat agar menolak kemerdekaan dengan alasan bahawa perikatan bergabung dengan orang kafir iaitu MCA dan MIC.Mereka juga menghasut perkauman dengan mengatakan bahwa orang2 Cina dan India orang asing dan tidak patut bersama memerintah negara.

    Berkat keazaman yang tinggi Tengku Abdul Rahman berjaya ke London setelah mendapatkan dana pada tahun1956 dan berjaya membuat perjanjian London dan menandatangani perjanjian pada 8 Febuary 1956 British bersetuju memerdekakan Tanah Melayu maka bendera Union Jack diturunkan di depan Bangunan Sultan Abdul Samad tepat pukul 12 malam pada tanggal 31hb Ogos 1957.

    PAS semasa awal kemerdekaan

    Dari situlah PAS memukul gendang perang terhadap UMNO dengan berselogankan "orang UMNO kafir" kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC setelah perjuangan menawan hati penduduk dengan pendekatan sederhana tidak diterima.

    Pilihanraya untuk memilih parti yang akan memerintah setelah merdeka diadakan pada tahun 1959 mana-mana parti yang menang akan memerintah Tanah Melayu pada masa itu.PAs yang masih berdendam kerana dikecewakan dalam pilihanraya yang pertama berkempen dengan penuh agresif dengan menjadikan Tengku Abdul Rahman sebagai sasaran dan dapat menawan hati penduduk negeri Kelantan.

    Mereka berkempen dengan mengatakan Tengku harus ditolak kerana bergabung dengan orang kafir.Dalam pilihanraya 1956 Perikatan menyapu bersih semua kerusi kecuali Kelantan yang memberi kemenangan bersih kepada PAS kerana orang Melayu Kelantan termakan dakyah yang dimainkan PAS.

    Perikatan yang diketuai oleh Tengku telah berjaya mendapat majoriti dan Tengku dilantik sebagai Perdana Menteri yang pertama.

    PAS Kini

    Dendam yang begitu mendalam terhadap UMNO diteruskan sehingga kini.Sehingga timbulnya pelbagai tomahan terhadap UMNO kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC seluruh perusok negara dijelajah semata menceritakan keburukan dan haramnya bekerjasama dengan bukan Islam.

    Mungkin masih ingat bagaimana HAmPAs sanggup bertegang leher mempertahan perjuangannya dengan DAp.Itu menunjukan betapa mereka HamPAs tegas dengan perjuangannya.

    Sehingga timbul kata-kata / fatwa dari Nik Ajis yang begitu keras mengecam DAp.. "DAp dan Syaitan sama saja" .UMNO bekerjasama dengan MCA dikatakan haram dan sebagainya.

    Mungkin sewaktu dulu HamPAs merasa bahawa mereka boleh berjuang bersendirian menentang BN dan berpegang dengan apa yang diperjuangkannya.Namun hakikatnya kini mereka begitu menginginkan kuasa setelah sekian lama berjuang bukan kehadapan namun semakin kebelakang dibawah DAp.

    Daripada perjuangan bernawaitukan Islam kini HamPAs sanggup mengenepikan semuanya itu dan sanggup pula menelan apa yang telah diludahkannya semata kerana kuasa.

    Mereka kini, pemimpin2 HamPAs sanggup membuka topeng yang digunakan dulu demi merialisasikan impian mereka.

    Jika dulu mereka bertopengkan Islam dengan mengheret rakyat agar membenci kerajaan BN dan berpaksi di bawah PAs yang kononnya memperjuangkan Islam.

    Kini tanpa malu dan segan mereka buka dengan bersetongkol dengan DAp itu semua adalah diatas kehendak yang Maha kuasa untuk membuktikan bahawa PAs hanya mempergunakan Islam hanya untuk berkuasa.

    Dengan kehendak Yang Maha Berkuasa maka HamPAs membuka sendiri pekong di dada mereka selama ini yang di simpan dengan begitu cermat dikunci disebalik topeng kononnya memperjuangkan Islam.


    Ada otak fikir..ada akal guna..ada mulut kunyah..ada maruah diri,keluarga,agama,bangsa dan negara jangan gadai...

    8 hours ago · LikeUnlike · · SubscribeUnsubscribe
      • Ee Si Kucing
        Sebenarnya PAS adalah dalang yang cuba mengagalkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan menghasut rakyat membenci Tengku Abdul Rahman yang mencanangkan bahawa orang UMNO kafir kerana bergabung dengan MCA dan MIC dengan memutarkan segala fakta.Da...n dengan bertopengkan Islam dan memutar belitkan potongan dari surah2 Al Quran dan hadis mereka menjaja orang2 UMNO kafir.Mereka bertopengkan agama untuk menutup pengkianatan pemimpin terdahulu yang merupakan petualang negara.Hakikatnya PAs akan melakukan apa saja dari sebelum merdeka sehingga kini semata untuk berkuasa.Fikirkanlah pengkianatan mereka terhadap negara..See more
        7 hours ago · Like