1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri dari... tangan BN dalam PRU 1999?
--> Nama shj ditukar, namun wangnya tetap sampai ke Kelantan utk pembangunan
Soalan saya: mana perginya RM400 Juta utk pemulihan air dikelantan ? thames water dpt buat ke projek dikelantan tu ?
2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua2 negeri bermajoriti 95%Melayu menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri2 seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?
-->Kjaan pusat tidak menghalang siapa pun !! kjaan pusat tidak mahu beri kerajaan pas uruskan krn sbb itu ianya dibuat melalui jpp !!! pembangunan berlaku dan rakyat negeri dibangunkan !! kakkakakaka
3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar Melayu di Kg Berembang, Kg Plentong, Kg Chubadak, Kg Malaysia Tambahan?
-->Tiada siapa yang kena halau, kerana mereka telah di tempatkan ke penempatan semula dan kini kehidupan mereka lebih baik di rumah dan persekitaran yg lebih kondusif dn selesa .
Mereka semua bukannya hidup merempat dan tak dpt pampasan ataupun dihalau ke tempat yg lebih teruk.
4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?
--> tiada siapa yg menghalau melayu p pinang . Di seberang perai pembangunan rancak berlaku dan kesemua peluang yg ada lebih baik drpd yg ada di pulau.
Kesempatan dan peluang ekonomi pembangunan dan kehidupan diberikan kpd melayu p pinang dulu .
Mereka juga bukannya ditempatkan ke tempat teruk. Kehidupoan mereka semakin baik dan infrastrukur serta pesekitaran yg amat baik berbnding sebelum ini.
Lebih ramai orang melayu yang berharta dgn keadaan pembangunan yang berlaku di seberang perai ini
5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?
--> Sejak tahun 1948 hingga kini, hanya 1.4 juta hektar drpd 3 juta hektar tanah rezab melayu dibangunkan dan dimajukan.
Nilai kwsn tersebut melambung tinggi dan ekonomi dn pembangunan pesat berlaku dikwsn kwsn tersebut. Jadi apa masalhnya ?
dan yg mohon utk menukar status tanah tersebut adalah pemilik sendiri. Jika utk pembangunan apa masalahnya ?
apakah kita mahu kwsn itu semua mundur dan tak membangun ?
6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?
--> bunuh melayu ? undang undnag tidak mengenal bangsa. Polis bukan dihantar untuk bunuh mereka tetapi utk stabilkan keadaan yang tegang akibat hasutan politik pihak tertentu dan mereka semua ini yang telah menyerang polis dan langgar undang2.
Polis mempertahankan diri dan mereka telah berlaku ganas…Ingat Negara kita ada undang2…
7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?
-->membolot saham ap ? apa maksudnya ini ? ap ada saham ke ?
8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000?
-->DEB tak lingkup tetapi cuma bergerak perlahan, dan kita akur wujud sedikit ketirisan dlm bab pengagihan dn perkongsiannya. Tetapi ianya tetap menguntngkan bangsa melayu.
DEB dirosakan oleh pembangkang dan pembangkang yang terus pertikaikan hak melayu dan deb
9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?
--> DEB tak pun dimansuhkan tetapi digerakan dgn nama baru yg lebih realistic.
Model ekonomi baru (MEB) juga bukanlah anti subsidi dan mesra kapitalis. Semua perniagaan dn aktiviti ekonomi adalah berteraskan sistem kapitalis.. Bukan negara kita malahan negara arab islam pun mengamalkan sistem kapitalis ini.
Jika mahu ekonomi stabil , maka kestabilan subsidi wajar dan perlu dicatur dgn baik.
Inflasi dn resessi perlu dielakkan dlm keadaan ekonmi dunia yg tertekan ini.
Subsidi dikurangkan, bukan harga minyak dinaikan
Yang paling utama, apa juga namanya, hak bumiputra dan kepentingannya tetap dijaga kerajaan
10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?
-->2 org berpangkat besar dlm kementerian tersebut telah didakwa dimahkamah dan mereka bukanlah org umno..
11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?
-->mana bukti dokumen ttg hasutan itu?
12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?
13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?
14. siapa yang menggelarkan rajanya 'menatang' bila namanya ditolak sebagai menteri besar terengganu selepas pru12 yang lalu?
--> pihak yg buat banner ...tu pun telah ditangkap polis dn mereka adalah org pas
15. Siapakah yang mengubah sempadanan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?
-->sempadan pilihanraya hanya boleh dilakukan mengikut akta pilihanraya dn peruntukan undang2 tertentu utk laksanakannya dan ianya tak boleh dibuat sesuka hati…
Justifikasi kpd persempadanan semula kwsn p/raya pada tahun 1999 adalah disebabkan penambahan pengundi dan pembangunan kswn tersebut yg maju dan telah luas perimeternya.
Atas dasar dsa sebab inilah maka peruntukan undang2 utk persempadanan semula dpt dilaksanakan dan ianya dibuat dgn kebenaran undang2
Utk keterangan lebih lanjut sila baca Warta SPR..
Persoalan isu post ini pula amat subjektif dn berniat jahat serta bermotifkan poltik. Ia boleh dikatakan sebagai satu percubaan utk memperlekehkan minda rakyat dgn propaganda murahan..
16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?
-->yg memprjuangkan dan menyokong kuat pemansuhan hak istimewa org melayu adalah pkr pas dap pr, bukan umno. umno mempertahankannya…
17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?
-->biasiswa tetap ada dan hanya pelajar terpilih yang mempunyai gred yang bagus shj akan dapat.
Memandangkan terlalu ramai yang layak untuk meruskan pendidikan ke peringkat yang lebih tinggi, pinjaman pendidikan bukan merupakan satu masalah, ia merupakan satu penyelesaian bagi pelajar dan ibu bapa.
18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah "infotainment", "boulevard", "presint", "bajet" dan lain2?
-->bahasa melayu dan bahasa malaysia tidak tercemar pun sehingga saat ini...bahasa melayu masih lagi menjadi bahasa utama negara dn semua rakyat malaysia. Buktinya kebanyakan posting dlm Parlimen FB ni dibuat dlm bahasa Malaysia..
19..Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?
-->isu ppsmi ? Ia dipolitikkan oleh PR, dan masalah isu ini bukanlah pelajar tetapi guru yg malas mengajar…
disekolah pondok boleh pula pelajar dikampung ini belajar bahasa arab, kan bahasa arab lebih susah drpd bahasa inggeris.
Kanak2 jika diajar apa sekalipun, mereka cepat belajar dan mempelajarinya kecuali ianya dipoltikkan , maka isu ini menampakkan seolah kerajaan dn ppsmi menyusahkan rakyat kampung.
Persoalannya knp bab belajar bahsa arab boleh pula pelajar2 ni ? knp english tak boleh ?
20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?
-->Bahasa inggeris PENTING ia adalah bahasa dominan dunia dan pelajar kolej perlu menguasai bahasa english utk penguasaan ilmu dunia, spt bahsa arab utk ilmu akhirat. Jadi apa masalahnya.
21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?
22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?
-->2..blok minyak L dan M adalah utk usahasama dgn brunei, tujuannya ialah utk minimakan kos operasi dan tambahan keuntungan.
Ianya 1 projek USAHASAMA Brunei-Malaysia
23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?
--> soal singapura merdeka bukan soal malaysia menjual singapura tetapi ianya soal politik.
soal batu putih pula adalah bersandarkan dokumen sejarah, dan bukti dokumen sejarah yg tak dpt malaysia kemukakan berbanding singapura telah menyebabkan kita kehilangan hak tersebut.
Untuk bacaan lebih lanjut, sila baca tentang undang2 persempadanan dunia..
24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah2?
-->tulisan jawi masih lagi diajar diseklah sehinga saat ini, dan ia diajar disekolah dan bukannya ditempat2 lain termasuk di pejabat DAP.
25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?
-->Tiada siap yg kata SAR itu tpt melahirkan militant dan extremisy, hanya pas yg cuba tunjukkan kpd semua bahawa budak2 pun sokong pas.
Sebenarnya PAS yang telah exploitasi dan manipulasi budak2 utk poltik.
Persoalannya: Ajaran islam utk tarbiyah manusia ataupun perlembgaan pas utk tarbiah kan manusia ?
26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu?
Sekolah agama rakyat (SAR) adalah sekolah pas dan pas nak guna $$ rakyat utk propaganda poltik mereka, itu adalah strategi politik PAS yang telah diketahui umum
KAFA juga telah diaktifkan utk menggantikan SAR. Kerajaan juga byk membina SAR dan sekolah agama kebangsaan di semua tempat termasuk di KL.
Itu belum masuk lagi aliran agama (kelas2 khas) di sekolah2 kebngsaan…
27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?
-->setakat cdgn shj, lagipun tak terlaksana lagi dan usul itu dah pun ditolak
dan teruk lagi PAS yg bagi kuasa sokongan 100 % kpd DAP. Kuasa politik diserahkan kpd DAP…
28. Siapa yang kekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?
-->bukan kekang tapi kawalan tertentu. kalau dihalang mana boleh ada individu yang merapu dan meropyan dlm fb tenet blog…
29. Siapa yang naikkan harga petrol,diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?
-->Turun naik harga brangan bukan sbb bangsa ataupun kaya miskin. harga barngan naik sbb tekanan pasaran dunia ke atas komoditi tersebut.
yg suka menambahkan punca menaikkan harga barangan adalah pr pas dap pkr krn sibuk berdemo dengan tujuan utk huru harakan kestabilan poltik Negara. Semua faktor inilah yg sebabkan kenaikan harga barang.
30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?
-->pas ditubuhkan dgn nama dalam bahasa inggeris juga iaitu Pan Malysian Islamic Party kerana semua pendaftaran pada waktu dulu adalah dlm bahasa inggeris sbb british mentadbir negara
Jika penggunaan bahasa inggeris itu dikatakan memperbodohkan diri, mengapa dalam Harakah ada kolum bahasa english?
Dan mengapa PAS berkempen politik dan muncul di dalam wawancara berbahasa Inggeris, selain drp itu ada juga bahasa cina dan tamil…adakah PAS sebenarnya sedang memperbodohkan diri mereka
No comments:
Post a Comment