Tuesday, 11 October 2011

PAS JAHAT : Jenis Ulamak atau Ularmak?

By Tun Maharezza II · Last edited about 7 months ago · Edit Doc · Delete
Hamba Ilahi
PERINGATAN!!!

Imam Ghazali dalam kitab Ihya’nya membahagikan Ulama’ kepada tiga golongan[1]:

1 – Ulama’ yang berterus terang mencari dunia dan memusatkan seluruh perhatian kepadanya. Mereka ini jenis ulama’ yang membinasakan diri sendiri dan orang lain.

2 – Ulama’ yang memanggil manusia ke jalan akhirat tetapi dia sendiri menolak dunia pada zahirnya sedang pada batinnya bertujuan mempengaruhi orang ramai dan menegakkan kemegahan dirinya. Ulama’ jenis ini adalah ulama’ yang membinasakan dirinya dan membahagiakan orang lain.

3 – Ulama’ yang memanggil manusia ke jalan Allah zahir dan batin. Ulama’ jenis ini membahagiakan diri sendiri dan orang lain.

Pendapat Imam al-Ghazali ini bertepatan dengan kata-kata Rasulullah saw iaitu khadhi itu tiga golongan dua darinya menuju ke neraka dan satu golongan sahaja menuju ke syorga.

Mengikut Imam Ghazali dalam kitab Ihya’nya beliau berkata: “Yang kami maksudkan dengan ulama’ dunia ialah ulama’ su’ yang tujuannya dengan ilmu pengetahuan itu ialah untuk memperoleh kesenangan duniawi, kemegahan dan kedudukan”[2].

- Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Manusia yang paling jahat ialah ulama’ su’ (jahat[3]).

- Sufyan al-Thauri berkata: “ Jika kamu melihat orang yang pandai al-Qur’an itu disayangi oleh tetangganya, dan dipuji oleh kawan-kawannya, maka ketahuilah bahawa dia ini suka mengambil-ambil hati (riya’) (ya’ni tidak tegas amar ma’ruf dan nahi mungkar)[4].

Sedangkan riya’ adalah syirik dan maksud syirik ialah melakukan sesuatu bukan mengharapkan keredhaan Allah bahkan mementingkan perasaan makhluk sahaja.

- Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Talib k. w dari Rasulullah s.a.w , baginda bersabda: “ Sesungguhnya di dalam neraka ada sebuah lembah yang apabila dibuka akan mengeluarkan api yang menyala-nyala, bahang panas api dari lembah itu tujuh puluh darjat lebih tinggi daripada panas api neraka. Lubang itu disediakan untuk orang-orang yang beramal riya’ dan orang-orang yang mengemis jawatan kepada kerajaan”.

- Abu Hurairah berkata: Nabi s.a.w bersabda: “ Akan keluar pada akhir zaman suatu kaum (golongan) yang mencari dunia dengan menjual agama, memakai pakaian bulu biri-biri (berpura-pura zuhud/tidak mementingkan dunia), lidah mereka lebih manis dari madu (gula) sedang hati mereka bagaikan serigala. Allah akan berfirman kepada mereka: “ Apakah terhadapKu mereka bermaian-main dan melawan, dengan kebesaranku Aku bersumpah akan menurunkan kepada mereka fitnah ujian bala sehingga seorang yang berakal tenang akan bingung[5].

- Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat terhadap iman) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman diwaktu pagi, kemudian diwaktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman diwaktu petang, kemudian esok harinya ia sudah menjadi kafir, ia telah menjual agamanya dengan sedikit dari mata benda dunia”[6]. HR. Muslim

-Orang yang dapat menjual sesuatu pasti dia memiliki barang tersebut. Dan yang dimaksudkan dengan orang yang menjual agama dalam hadis dia atas ialah orang alim. Sebab dia memiliki ilmu agama. Kalau dia tidak memilikinya bagaimana dia mampu menjualnya?

- Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya aku lebih takut padamu, kepada yang bukan dajjal. Lalu orang ramai bertanya: Siapakah itu? Rasulullah s.a.w menjawab:”Imam-imam (pemuka-pemuka) yang menyesatkan”[7].

- Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesiapa menuntut ilmu diantara ilmu pengetahuan yang menuju kerelaan Allah untuk memperoleh harta benda duniawi, maka orang itu tidak akan mencium bau syorga pada hari kiamat”[8].

- Sabda Rasulullah s.a.w: “Diantara yang aku takuti atas umatku ialah tergelincirnya orang berilmu dan pertengkaran orang munafik tentang al-Qura’an”[9].

- Daripada Miqdad bin Ma’diyaqrab r.a berkata: bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Hampir tiba suatu masa dimana seseorang lelaki yang sedang duduk bersandar diatas katilnya lalu disampaikan orang kepadanya sebuah hadis daripada hadis-hadisku maka dia berkata: pegangan kami dan kamu hanyalah kitab Allah (Al-Qur’an) sahaja. Apa yang dihalalkan oleh Al-Qur’an kami halalkan dan apa yang diharamkannya kami haramkan”. Kemudian Nabi s.a.w bersabda: padahal apa yang diharamkan oleh Rasulullah s.a.w samalah hukumnya dengan apa yang diharamkan oleh Allah”. HR Ibnu Majah

Daripada Anas bin Malik berkata: Bersabda Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan berlaku diakhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama’ yang fasiq”. HR. Ibnu Adiy

Daripada Ali bin Abi Talib r.a berkata: telah bersabda Rasulullah s.a.w : “ Sudah hampir sampai suatu masa dimana tidak tinggal lagi daripada Islam itu kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Qur’an itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi kosong daripada hidayat. Ulama’ mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah naungan langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah itu akan dikembalikan”. HR. Al-Baihaqi

Berkata Usamah bin Zaid: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: “Pada hari kiamat dibawa orang yang berilmu lalu dilemparkan ke dalam neraka. Maka keluarlah perutnya. Dia mengelilingi perutnya itu seperti keldai mengelilingi gilingan gandum. Penduduk neraka mengelilinginya sambil berkata: “Mengapa engkau begini? maka orang berilmu itu menjawab: Aku menyuruh orang mengerjakan kebaikan dan aku sendiri tidak melakukannya, aku melarang orang dari kejahatan dan aku sendiri melakukannya”[10].

Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w: “Janganlah engkau mempelajari ilmu pengetahuan untuk bersombong-sombong dengan sesama (orang yang) berilmu, untuk menarik perhatian orang ramai kepadamu. Maka sesiapa yang berbuat demikian maka dia dalam neraka”[11].

Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya aku lebih takut padamu kepada yang bukan dajjal dari dajjal.

Lalu orang bertanya kepada Rasulullah: “siapakah itu?

Maka Rasulullah s.a.w menjawab: “Imam-imam yang menyesatkan[12].

Sabda Rasulullah s.a.w lagi: “Sesiapa yang bertambah (banyak) ilmunya dan tidak bertambah petunjuknya(hidayahnya), nescaya dia tidak bertambah dekat melainkan bertambah jauh dari Allah”[13].

Bersabda Nabi Isa a.s: “Bilakah kamu (dapat) menerangi jalan kepada orang-orang yang berjalan malam, sedang kamu (sendiri) bertempat tinggal bersama-sama orang yang dalam kehairanan (kebingungan)”.

Sementara itu dalam kata-kata sahabat dan kata-kata ulama’ terdahulu (atsar)tentang ulama’ dunia ini, antaranya:

Berkata Umar al-Khattab r.a: “Yang paling saya takuti kepada ummat ini ialah orang munafiq yang berilmu”. Maka para hadirin bertanya: “Bagaimanakah (yang dikatakan)orang munafik yang berilmu itu?Umar r.a menjawab: “Berilmu di lidah (tetapi) bodoh di hati dan perbuatan”.

Tidak ada orang yang paling bodoh selain orang yang memilih untuk menderhaka kepada Allah dan memilih dunia berbanding akhirat. ciri-ciri mereka ialah mereka melawan ulama’ akhirat, atau paling kurangnya mereka tidak memberi sokongan kepada ulama’ akhirat bahkan mereka dengan ilmu yang mereka miliki memilih untuk bersekongkol dengan si jahil.-pen.

Berkata al-Hasan; “Janganlah engkau (menjadi) sebahagian dari orang-orang yang mengumpulkan ilmu ulama’(belajar dan memiliki kitab-kitab), kata kata pilihan hukama’ (bijak pandai)tetapi apa yang berlaku pada perbuatanmu (harianmu)ialah seperti perbuatan orang-orang bodoh”.

Adakah layak bagi seorang alim berada dibawah telunjuk orang jahil? Tidakkah orang alim tersebut terasa bahawa dia amat bodoh bila dia berada dibawah telunjuk orang jahil?-pen.

Berkata Ibnul Mubarak: “Manusia itu (benar-benar) berilmu selamamana dia menuntut ilmu, tetapai apabila dia menyangka bahawa dia sudah berilmu maka (ketahuilah) bahawa dia itu telah (menjadi) bodoh.”

Berkata al-Fudhail bin Iyadh r.a: “Saya merasa kasihan kepada tiga jenis orang iaitu orang mulia dalam kaumnya yang menghinakan diri, orang kaya dalam kaumnya yang memiskinkan diri dan orang yang berilmu yang dipermainkan (ditipu oleh)dunia”.

Kata-kata Iyadh ini ada benarnya. Sebagai buktinya, lihatlah pada kehidupan orang alim yang mengejar dunia. Akhirnya dunia meletakkanya dibawah telunjuk orang bodoh, maka jadilah dia lebih bodoh dari orang bodoh. -pen.

Berkata al-Hasan: “Siksaan bagi ulama’ ialah mati hatinya. Kematian hati (dapat dikenali dengan kegahairahannya) mencari dunia dengan amalan akhirat”.

Dan bermadahlah mereka:

Aku hairan(terhadap) orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk (hidayah)

Lebih menghairankan lagi, orang yang membeli dunia dengan agamanya

Yang lebih menghairankan dari dua itu....

Orang menjual agamanya dengan dunia

Inilah yang paling ajaib dari dua itu....

Itulah antara ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis juga kata-kata ulama’ terdahulu yang menerangkan bahawa orang yang berilmu tetapi menjadi hamba dunia adalah lebih buruk keadaannya dan lebih sangat azab yang dideritainya berbanding orang yang tidak alim.

[SIAPA LAH AGAKNYA....??? NAK TAHU SIAPA.....!!!]

No comments:

Post a Comment