Tuesday, 11 October 2011

SIAPA JAHAT : KENAPA MELAYU BERJUANG MEMBELA BANGSA MEREKA?

Last edited about 7 months ago · Edit Doc · Delete

Kapak Tajam


Firman Allah;
“Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia), sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya” - al isra:34

Dalam usaha mengekal semangat sefahaman diantara pelbagai kaum dalam negara; para pemimpin yang mewakili bangsa pribumi Melayu yang juga merupakan kau...m majoriti , ketika melantik ahli jemaah kabinet atau pemimpin bawahan dalam proses membentuk sebuah kerajaan perintah, semestinya mereka cenderung untuk melantik golongan yang sepemikiran dengan mereka. Walaupun berlainan kaum, tetapi berpemikiran sama akan memudahkan kerja dan melicinkan proses membuat keputusan. Sepemikiran inilah salah satu nilai assobiyyah iaitu mempunyai ،®nilai sepunya،¯ iaitu satu pemikiran sama dalam satu jamaah atau kumpulan manusia. Hal ini tiada larangan malahan dipraktikkan oleh beberapa sahabat Nabi

Dengan persetujuan yang dicapai, pemimpin dari pelbagai kaum telah bersetuju dengan corak pemerintah yang akan dibawa dimeterai dalam piagam yang dipanggil Perlembagaan Tanah Melayu.

Secara ringkas, bebagai perkara, yang telah dipersetujui dan diperakui antara pemimpin dimuatkan sebagai syarat-syarat serta isi kandungan perjanjian tersebut. Antaranya ialah mengekalkan hak istimewa pribumi Melayu serta menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi. Hak-hak bagi bangsa yang bermigrasi ke Tanah Melayu juga diberi kepentingan walaupun bertaraf ‘pendatang asing’, tidak keterlaluan jika dikatakan bangsa Melayu telah mengorban hak mereka untuk perkongsian bersama.

Namun, setelah sekian lama terjalin kesefahaman yang dipupuk dan perkongsian bersama yang terjalin, kaum pendatang tadi telah mula mempersoal akan perkara-perkara yang telah pun dipersetujui dalam Perlembagaan. Nilai-nilai serta ciri-ciri Islam bangsa Melayu serta perkara bersangkutan hak-hak bangsa Melayu yang telah dipersetujui atas perjanjian rasmi, ditentang dan mahu diubah oleh kaum pendatang.

Jika bangsa Melayu bersuara rasa tidak-puashati mereka akan sikap pendatang tadi, adakah itu wajar melabel bangsa Melayu sebagai bersikap assobiyah. Adakah menentang orang yang melanggar perjanjian itu tadi, penentang dianggap sebagai bersikap assobiyah.Adakah mempertahankan hak kita itu bersikap assobiyah. Jika kita bersetuju dengan itu, kita juga harus setuju bahwa bangsa Melayu teramatlah bersikap assobiyah atau perkauman atau racist ketika menentang penjajah, menentang komunis serta menentang anasir yang menggugat keamanan serta keharmonian negara.

Mana lebih baik; menggadai kedudukan agama serta maruah bangsa atau berjuang mempertahankan hak serta nilai bangsa langsung kedudukan agama terjamin. Mana satu antara kedua-duanya itu yang dipilih, mereka masih bersikap assobiyah.

No comments:

Post a Comment