Thursday, 20 October 2011

Siapa Jahat: Musyawarah

SEORANG DARIPADA ENAM AHLI MUSYAWARAH


Menurut sejarah, pada zaman Rasulullah s.a.w ada enam orang pahlawan yang sangat handal dan berpengalaman dalam medan peperangan. Enam orang sahabat itu ialah Zubair Ibn Al-Awwam, Miqdad bin Aswad, Kharijah, Ubadah bin Syamit, Ali bin Abi Talib dan Khalid Ibni Al-Walid.

Apabila Khalifah Umar Ibn Al-Khattab wafat, para sahabat melakukan musyawarah atau perbincangan bagi melantik beberapa orang di kalangan mereka untuk memilih Khalifah yang baru. Mereka bersetuju melantik para sahabat yang enam itu kerana para sahabat itu telah di akui oleh Nabi akan masuk syurga.

Malahan sebelum Khalifah Umar Ibn Al-Khattab wafat beliau pun bernah berkata kepada sahabat-sahabatnya yang lain supaya berpegang teguh kepada 6 orang sahabat ini kerana sewaktu Rasulullah masih hidup, Rasulullah pernah berkata yang 6 ini adalah bakal masuk syurga.

Pada masa pemilihan sahabat yang 6 ini mendapat 2 keputusan. Satu golongan memilih Ali bin Abi Talib dan satu golongan lagi memilih Uthman bin Affan. Masing-masing memberikan pendapat untuk menyokong pemilihan mereka. Bertolak dari sinilah perselisihan mula terguris tetapi Zubair Ibn Al-Awwam tidak memihak kepada sesiapa pun melainkan beliau memilih jalan tengah dan membebaskan diri daripada pertentangan.

Walau bagaimanapun akhirnya keputusan perlantikan Khalifah jatuh kepada Uthman bin Affan. Kemudian setelah rasmi menjadi Khalifah, Uthman bin Affan melantik Zubair Ibn Al-Awwam sebagai pembantunya. Uthman berharap dengan perlantikan ini akan dapat menyelesaikan perselisihan faham di antara mereka pada masa yang lalu.

Zubair tidak aktif politik dan tidak suka mengkritik soal pentadbiran negara. Malah beliau banyak menyatukan para sahabat yang mula berpecah dan menyumbangkan nasihat-nasihat yang di perlukan. Itulah sifat Zubair dalam keadaan menghadapi suasana tegang di zaman pemerintah Khalifah Uthman bin Affan.

Pada mulanya orang ramai meramalkan bahawa Ali bin Abi Talib akan dilantik menjadi Khalifah menggantikan tempat Khalifah Umar Ibn Al-Khattab yang telah wafat. Tetapi ramalan itu tidak tepat dan jawatan tersebut di pegang oleh Uthman bin Affan. Ekoran daripada itu maka ramailah orang yang tidak berpuas hati hingga menimbulkan bermacam-macam anggapan dan sangkaan buruk.

Ketika seluruh penduduk Madinah gempar bercakap tentang perlantikan Khalifah dan fitnah ini semakin menjadi-jadi lalu mengakibatkan Khalifah Uthman bin Affan terbunuh. Semasa Khalifah Uthman bin Affan masih hidup beliau pernah melantik Zubair untk menggantikan tempatnya buat sementara waktu kerana beliau menaruh kepercayaan yang penuh terhadap Zubair. Uthman juga pernah mengatakan Zubair adalah orang terbaik di antara enam orang ahli musyawarah dan Zubair adalah orang yang paling di cintai oelh Rasulullah s.a.w.

Titi Emas

Moral dari cerita tersebut: Perasaan rasa tidak puas hati terhadap perlantikan seseorang itu sebagai pemimpin walaupun mendapat kata putus bahkan fitnah juga tidak terkecuali walaupun di zaman pemerintahan para sahabat Rasulullah. Pada hari ini di negara Malaysia masih ada segelintir rakyat yang tidak berpuashati dengan pemerintah yang di pilih oleh rakyat semasa PRU lalu malah bermacam-macam fitnah telah di lemparkan kepada pemimpin kita.

No comments:

Post a Comment